Inni Uhibbukum Fillah

>> Ahad, November 01, 2009


Hari berganti hari,tahun berganti tahun.Tanpa disedari telah lebih separuh dekad Serunai bergelar ahli Impemas.Siang bertukar malam,musim silih berganti,ahli Impemas juga bertukar ganti.Masih hangat lagi terasa kenangan bersama Azuki di bumi Kuwait,kini Azuki tiada lagi di sini kerana meneruskan perjuangan di tanah air sendiri.Terkadang terasa bagaikan berada di sebuah program akademi realiti,setiap tahun ada sahaja ahli yang 'tersingkir',setiap tahun juga ada kejutan yang sukar diramal.Cuma yang meriahnya setiap tahun ada sahaja ahli baru yang tiba.Alhamdulillah,kehilangan mereka yang pergi ada pengganti.


Kedatangan ahli Impemas yang baru kami sambut dengan hati yang terbuka.Secara langsung hubungan saudara muslim bertambah lebih erat.Aiman dan Hizkil dua lagi muka baru yang bakal mewarnai Impemas.Tahniah juga diucapkan kepada Akh Ameir dan Akh Ikhwan kerana berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat universiti.

Sebagai tanda meraikan kedatangan mereka Impemas telah mengadakan majlis sambutan pelajar baru yang telah berlangsung dengan jayanya di Sakan Shuwaikh.
Majlis yang dipengerusikan oleh Akh Shahril itu dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran yang disampaikan oleh Akh Hakim.Akh Syamsul telah mewakili Akh Abdussalam yang tidak dapat hadir kerana demam menyampaikan sepatah dua kata aluan.

Selesai sesi taaruf ringkas majlis diambil alih oleh Akh Kamaruzzaman dengan menyampaikan ceramah motivasi Melahirkan Generasi Unggul Atau Tunggul.Banyak nasihat berguna telah diselitkan sepanjang ceramahnya.Serunai tengok ramai yang tertunduk-tunduk semasa ciri-ciri pelajar tunggul disebutkan oleh motivator.Tak tahulah Serunai samada mereka tunduk kerana terasa atau kerana bersyukur kerana tidak tergololong dalam ciri-ciri mereka yang tunggul.Disebabkan motivator kita kali ini peramah orangnya,adalah seorang dua yang diusiknya.Kesian juga Serunai tengok Akh Luqman yang selalu disakat oleh motivator gara-gara fenomena cute yang dicetuskan dalam blognya.

Apabila selesai majlis,perkara wajib selain bergambar beramai-ramai ialah makan bersama-sama.Memang menyelerakan sajian air tangan Akh Shahril kali ini.Tahun ini merupakan tahun terakhir beliau di Kuwait,nanti tahun depan siapa pula yang nak ambil tugas tersebut.Nampaknya Akh Shahril kenalah mengasah bakat memasak junior Impemas.Yelah kalau nak beli makanan dari luar perlukan modal yang banyak.Lagipun kat Kuwait ini susah nak cari restoran masakan Melayu.Jadi,kita fikirlah sendiri.

susunan mengikut kategori

  © blog Ikatan Mahabbah Pelajar Malaysia Kuwait adalah rekaan semula khas daripada ibnu_zainal 2009/2010

Back to TOP