Kepada: Semua Rakyat Malaysia di Kuwait

>> Selasa, November 24, 2009

Sebagai makluman kepada semua pelajar IMPEMAS...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Bersempena dengan Hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijjah 1430H bersamaan dengan 27 November 2009 (Jumaat), semua pegawai dan kakitangan di Kedutaan Besar Malaysia di Kuwait, ingin menyampaikan 'Salam Aidiladha' kepada seluruh rakyat Malaysia yang berada di Kuwait.

2. Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Kuwait dengan hormatnya menjemput dan mempersilakan semua warganegara Malaysia yang berada di Kuwait bersama keluarga masing-masing untuk majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha 1430H di Kedutaan Besar Malaysia di Kuwait.

Tempat dan tarikh seperti dibawah:-

Tarikh: 27 November 2009 (Jumaat)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan Serbaguna
Kedutaan Besar Malaysia di Kuwait

Dibawah ini disertakan aturcara majlis:-

7.45am: Ketibaan Rakyat Malaysia
8.00am: Takbir Raya (Games Room)
8.30am: Solat & Khutbah Hari Raya Aidiladha (Games Room)
9.00am: Jamuan Makan (Dewan Serbaguna)
11.30am: Bersurai

Semoga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan sekeluarga dapat memeriahkan lagi majlis tersebut.

Sekian, terima kasih.

'SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1430H'
t.t
(MOHD ZUFLI CHE SEMAN)
Kedutaan Besar Malaysia
Kuwait

Read more...

>> Isnin, November 23, 2009


HAFLAH AIDILADHA IMPEMAS 2009

" SALAM DIHULUR , MAAF DIPOHON"



Tarikh : 29-12-2009
Hari : Ahad
Tempat : Pantai Saahatul 'alam Shuwaikh
Masa : 10.00 pagi – 12.30 tengahari
Sasaran : Semua ahli IMPEMAS

Pengerusi Majlis : Sdr. Ikhwan Yusuf

Tentatif Program :-

Masa
Acara
10.00 pg –10.10 pg



10.10 pg –10.20 pg



10.20 pg –10.45 pg





10.45 pg –11.00 pg


11.00 pg –11.15 pg



11.15 pg –12.30 tgh


12.45 tgh

Pembukaan Majlis.
Bacaan ayat suci Al-Quran
( Sdr. Nik Mohd Hizqel )

Ucapan alu-aluan daripada Presiden IMPEMAS
( Sdr. Abdussalam )

Tazkirah AidilAdha :-
Sejauh Manakah Pengorbanan Kita Sebagai Seorang Anak dan Pelajar ?
( Sdr. Che Ameir Hamdi )

Game:  Minda Hebat
( Sdr. Farhan )

Ucapan AidilAdha ahli-ahli IMPEMAS
" Salam dihulur, Maaf dipohon"

Solat Zohor.
BBQ dan makan tengahari

Majlis bersurai





Disediakan oleh : Biro Tarbiyyah IMPEMAS

Read more...

7 cara menangkis virus ukhuwwah

>> Rabu, November 18, 2009

7 Cara Menangkis Virus Ukhuwah
www.iluvislam.com
Editor:lailatulema



Dalam surat Al-Hujurat, Allah swt memaparkan 7 sikap bagi kita untuk membasmi virus-virus ukhuwah yang bisa menghancurkan kekuatan ukhuwah yang telah dibina.

1. Tabayyun yang bererti mencari penjelasan dalam setiap maklumat yang diterima dan mencari bukti kebenaran informasi yang diterima. Allah swt berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." (QS 49:6)

2. 'Adamus Sukhriyyah, ertinya tidak memperolok-olokkan orang atau kelompok lain. Firman Allah swt: "Wahai orang-orang yang beriman janganlah satu kaum memperolok-olokkan kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang memperolok-olokkan)." (QS 49:11). Mampukah kita untuk meninggalkan tradisi sukhriyyah dan perasaan ana khairun minhu (saya lebih baik daripadanya), yaitu perasaan 'sombong' seperti yang dimiliki iblis? Inilah persoalan yang perlu ditanya pada diri.

3. Tidak mencela orang lain. Ini ditegaskan dengan firman-Nya: 'Dan janganlah kamu mencela diri sendiri'. Mencela sesama muslim, oleh ayat ini dianggap mencela diri sendiri, sebab pada hakikatnya kaum muslimin dianggap satu kesatuan. Apalagi jika celaan itu berkait dengan kedudukan dan kebendaan di dunia. Allah sendiri menyuruh Rasul dan orang-orang yang mengikutinya untuk bersabar atas segala kekurangan orang-orang mukmin. (Lihat QS, 18:28)

4. Meninggalkan panggilan dengan sebutan-sebutan yang tidak baik terhadap sesama muslim. Ini berdasarkan firman Allah swt: "Dan janganlah kamu saling memanggil dengan sebutan-sebutan (yang buruk)." (QS 49:11) Tanabuz dalam bentuk yang paling parah adalah berupa pengkafiran terhadap orang yang beriman. Pada kenyataannya masih saja ada orang atau kelompok yang dengan begitu mudahnya menyebut kafir kepada orang yang tidak tertarik untuk masuk ke dalam kelompok tersebut.

5. Ijtinabu Katsirin minadzdzan di mana Allah swt berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari prasangka, karena sebagian prasangka itu dosa." (QS 49:12) Pada dasarnya seorang muslim harus berbaik sangka terhadap sesamanya, kecuali jika ada bukti yang jelas tentang kesalahan tersebut.

6. Tidak mencari-cari kesalahan dan aurat orang lain. Perbuatan ini amat dicela Islam. Allah swt amat suka bila kita berusaha menutup aib saudara kita sendiri. Firman Allah swt: "Dan janganlah kamu sekalian mencari-cari kesalahan (dan aurat) orang lain." (QS 49:12)

7. Allah swt menegaskan: "Dan janganlah kamu sekalian menggunjing sebagian lain.Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati?..." Ghibah sebagaimana yang dijelaskan Rasulullah saw adalah menceritakan keburukan dan kejelekan orang lain. Ketika seseorang menceritakan kejelekan orang lain, maka ada dua kemungkinan yang terjadi. Pertama, jika yang diceritakannya benar-benar terjadi maka itulah ghibah. Kedua, jika yang diceritakannya itu tidak terjadi bererti ia telah memfitnah orang lain. Begitu besarnya dosa ghibah, sampai Allah SWT menyamakan orang yang melakukannya dengan orang yang memakan bangkai saudaranya sendiri.

Wallaahu'alam

sumber:*http://islahnet.tripod.com/index.htm
diambil dari:www.iluvislam.com

 

Read more...

>> Jumaat, November 13, 2009

Adakah kehadiran teknologi maklumat dan internet dalam dunia ini telah menjadikan sesetengah kelompok individu menghidapi sejenis penyakit atau kecelaruan yang dikenali sebagai ketagihan internet (internet addiction disorder) atau pun ketagihan komputer? Adakah ia sejenis penyakit baru, yang sebelum ini tiada dalam istilah perubatan? Atau mungkinkah sejenis gangguan yang telah sedia ada dalam diri individu terbabit, sama seperti ketagihan dadah dan arak, tetapi ia berlaku disebabkan oleh komputer dan internet? Adakah komputer atau internet juga boleh menyebabkan ketagihan?Ini merupakan satu aspek yang perlu diberi perhatian lebih-lebih lagi banyak laporan dan kajian memang mengakui terdapat individu mengalami ketagihan komputer dan internet. Apakah ketagihan internet? Persoalan yang amat sukar dijawab tetapi perlu dijawab berdasarkan kepada fakta dan kajian yang kukuh. Adakah ketagihan internet atau ketagihan komputer ini berbeza dari ketagihan yang lain seperti ketagihan dadah, arak, rokok dan sebagainya? Dan apakah kesan dari ketagihan internet? Perlu juga difikirkan.



Kajian sains mendapati manusia sebagai makhluk yang paling mudah mendapat ketagihan dalam kehidupan mereka, walaupun pada masa yang sama mereka amat takut menjadi seorang penagih. Sememangnya terdapat banyak perkara yang boleh mendatangkan ketagihan seperti makan, membeli belah, menonton, membaca dan lain-lain. Malah ada individu yang ketagih bekerja. Tetapi mengapa ada individu lain yang juga menonton, bekerja, makan dan membeli-belah, tetapi tidak mengalami ketagihan?Dunia perkomputeran, teknologi maklumat dan internet juga sudah tentu boleh membuat seseorang menjadi ketagih. Mengapa? Ini kerana mereka semua mampu melayan segala macam keperluan yang diidami setiap individu, dari keperluan naluri seksual, mental, emosi dan intelek sehinggalah keperluan spiritual. Mereka umpama sahabat dan rakan kepada mereka. Malah ada individu yang menganggap komputer dan internet sebagai sebahagian dari diri dan kehidupan mereka dan mereka akan dirundung rindu resah dan gundah gulana sekiranya tidak berpeluang "melayan sahabat" mereka ini.



Kajian yang dijalankan oleh Netaddiction. com mendapati ada lima kategori bahan kandungan dunia siber yang berisiko tinggi menyebabkan ketagihan seperti berikut:

1. Ketagihan seks siber : cenderung melawati laman web porno, chatting room berkaitan seks dan lain-lain
2. Ketagihan hubungan siber : keinginan yang kuat untuk berhubung sama ada melalui email, chatting, diskusi dan sebagainya
3. Ketagihan maklumat : mudah dipengaruhi oleh laman-laman web berunsur ehwal semasa, pencarian maklumat dan pengkalan data
4. Ketagihan komputer : terpengaruh dengan peralatan teknologi perkomputeran, ciri-ciri komputer cip dan kad, sistem bunyi dan lain-lain
5. Ketagihan permainan komputer : mudah lalai akibat taksub bermain permainan komputer sehingga sukar berhentiSebenarnya bagi mengenal pasti samada penggunaan terhadap komputer dan internet menyebabkan ketagihan atau sebaliknya bergantung kepada cara dan konteks serta keperluan yang ada dalam diri seseorang individu.


Di samping itu, perkara seperti berikut juga harus lah diberi perhatian bagi menilai tahap kebergantungan kepada komputer dan internet yang boleh menyebabkan ketagihan:
1. Lebih banyak menghabiskan masa di depan komputer berbanding biasa atau melebihi keperluan penggunaan yang sewajarnya
2. Masa untuk melayari internet semakin bertambah dan menjejaskan peranan sebagai seorang individu, pelajar, atau pekerja dan juga menjejaskan tahap produktiviti dan kesejahteraan hidup yang biasa
3. Berasa kurang yakin atau gagal untuk mengawal diri dari pengaruh internet
4. Semakin kurang tumpuan kepada penjagaan kesihatan diri dan pembahagian masa sewajarnya berbanding biasa
5. Muncul tekanan perasaan seperti marah, kecewa dan sedih yang berkaitan secara langsung dengan komputer dan internet dan mula mengasingkan diri dari masyarakat
6. Wujud rasa bosan atau bimbang dan cemas yang keterlaluan jika tidak melayari internet untuk jangka masa tertentu
7. Penggunaan internet yang mengakibatkan kemarahan atau gangguan kepada orang lain seperti ibu bapa, suami atau isteri dan boleh menyebabkan pertengkaran.Seseorang yang ketagih internet dan komputer didapati gagal memberi tumpuan yang baik terhadap kehidupannya sepeti biasa. Kehidupan individu yang normal terjalin apabila ia dapat mengekalkan peranannya sebagai seorang manusia yang normal, mewujudkan perhubungan yang baik dan memelihara kesihatannya secara optimum.
Bagi mereka yang ada ketagihan ini , peranan dan perhubungannya dengan individu lain dalam lingkungan hidupnya terjejas. Bagi mengelakkan perkara ini daripada berlaku, strategi dn langkah berikut boleh lah diberi perhatian:
1. Tetapkan objektif dan matlamat sebelum melayari laman web atau menggunakan komputer dengan mengenalpasti tujuan-tujuan penggunaan mereka
2. Tetapkan melayari laman-laman web yang tertentu dan yang perlu sahaja, atau sekadar memenuhi keperluan yang dikehendaki agar tidak melebihi had dan bagi mengelakkan melayari laman yang tidak perlu
3. Hadkan atau tetapkan jangkamasa yang diperlukan ketika menggunakan komputer dan ketika melayari laman siber bagi mengelakkan pembaziran masa
4. Bahagikan masa yang sewajarnya antara kehidupan di dunia siber dan kehidupan di alam nyata supaya wujud keseimbangan
5. Jadikan ruang siber dan internet sebagai sumber pengetahuan untuk meningkatkan peranan menjadi seorang manusia yang sempurna dan untuk menambah kemahiran yang diperlukan dalam kehidupanKesimpulanTeknologi maklumat dan internet sememangnya mempunyai kesan yang amat besar dalam kehidupan manusia. Dalam aspek kesejahteraan individu dan hubungannya dengan teknologi maklumat, terdapat satu tindak balas yang saling pengaruh mempengaruhi antara satu ama lain. Memandangkan hubungan dan kaitan yang rapat antara manusia dan teknologi maklumat ini, tidak hairanlah terdapat antara mereka yang tenggelam dalam dunia siber, di samping mereka yang menggunakan internet sebagai saluran untuk mencapai keseronokan peribadi semata-mata. Hanya mereka yang mampu mewujudkan keseimbangan antara aktiviti internet dan kehidupan sebenar sahaja yang dapat mempertingkatkan kesejahteraan dalam urusan kehidupan mereka untuk kebaikan sesama manusia.

sumber : e-mail

Read more...

PERKARA MAKRUH DALAM SEMBAHYANG

>> Ahad, November 08, 2009

Makruh mengikut jumhur ulama’ bermaksud tanzihiyyah, iaitu sesuatu yang patut dielakkan. Jika seseorang melakukan sembahyang secara makruh, maka sebaiknya dia hendaklah melakukannya semula sekiranya waktu masih ada. Secara umumnya, ukuran dalam menentukan sesuatu perkara makruh ialah setiap perbuatan dan perkara yang bertentangan dengan As-Sunnah.
Antara perkara-perkara makruh dalam sembahyang ialah seperti berikut:
1. Meninggalkan sesuatu perkara sunat dalam sembahyang dengan sengaja.
2. Melakukan bacaan yang menyonsang dari susunan yang ada dalam Al-Qur’an.3. Membaca dalam raka‘at kedua bacaan surah yang lebih panjang daripada yang dibaca dalam raka‘at pertama.
4. Mengulangi pembacaan surah yang sama dalam satu raka‘at yang sama atau dalam dua raka‘at.
5. Melakukan sesuatu yang tidak bermakna dengan tangannya tanpa ada sebab yang perlu.
6. Memejamkan kedua-dua mata semasa sembahyang tanpa keperluan.
7. Berpaling dengan dada masih menghadap qiblat ketika sembahyang tanpa sebarang sebab.
8. Berdiri sebelah kaki atau mengangkat sebelah kaki lalu disandarkan kepada kaki satu lagi.
9. Bersembahyang dalam keadaan menahan keinginan untuk membuang air kecil, air besar atau menahan daripada terkentut.
10. Mengerjakan sembahyang dalam keadaan bersandar ke dinding atau sebagainya.
11. Membaca surah atau ayat dalam dua raka‘at akhir sembahyang fardhu kecuali ma’mum yang masbuq yang ketinggalan raka‘at pertama dan kedua.
12. Membaca nyaring di tempat yang sepatutnya perlahan atau sebaliknya.
13. Menghamparkan kedua belah lengan semasa sujud seperti yang dilakukan oleh singa.
14. Mengerjakan sembahyang dengan menggunakan pakaian harian atau pakaian untuk bekerja sekiranya mempunyai pakaian yang lain.
15. Sembahyang tanpa berbaju sedangkan dia mampu memakainya.
16. Bersembahyang dengan pakaian yang terlukis dengan gambar binatang ataupun manusia.
17. Mengerjakan sembahyang di tempat-tempat seperti bilik mandi, pasar, tempat lalu lalang, kubur, gereja, tempat buangan sampah, tempat penyembelihan dan kandang binatang.

sumber:www.al-azim.com

Read more...

Inni Uhibbukum Fillah

>> Ahad, November 01, 2009


Hari berganti hari,tahun berganti tahun.Tanpa disedari telah lebih separuh dekad Serunai bergelar ahli Impemas.Siang bertukar malam,musim silih berganti,ahli Impemas juga bertukar ganti.Masih hangat lagi terasa kenangan bersama Azuki di bumi Kuwait,kini Azuki tiada lagi di sini kerana meneruskan perjuangan di tanah air sendiri.Terkadang terasa bagaikan berada di sebuah program akademi realiti,setiap tahun ada sahaja ahli yang 'tersingkir',setiap tahun juga ada kejutan yang sukar diramal.Cuma yang meriahnya setiap tahun ada sahaja ahli baru yang tiba.Alhamdulillah,kehilangan mereka yang pergi ada pengganti.


Kedatangan ahli Impemas yang baru kami sambut dengan hati yang terbuka.Secara langsung hubungan saudara muslim bertambah lebih erat.Aiman dan Hizkil dua lagi muka baru yang bakal mewarnai Impemas.Tahniah juga diucapkan kepada Akh Ameir dan Akh Ikhwan kerana berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat universiti.

Sebagai tanda meraikan kedatangan mereka Impemas telah mengadakan majlis sambutan pelajar baru yang telah berlangsung dengan jayanya di Sakan Shuwaikh.
Majlis yang dipengerusikan oleh Akh Shahril itu dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran yang disampaikan oleh Akh Hakim.Akh Syamsul telah mewakili Akh Abdussalam yang tidak dapat hadir kerana demam menyampaikan sepatah dua kata aluan.

Selesai sesi taaruf ringkas majlis diambil alih oleh Akh Kamaruzzaman dengan menyampaikan ceramah motivasi Melahirkan Generasi Unggul Atau Tunggul.Banyak nasihat berguna telah diselitkan sepanjang ceramahnya.Serunai tengok ramai yang tertunduk-tunduk semasa ciri-ciri pelajar tunggul disebutkan oleh motivator.Tak tahulah Serunai samada mereka tunduk kerana terasa atau kerana bersyukur kerana tidak tergololong dalam ciri-ciri mereka yang tunggul.Disebabkan motivator kita kali ini peramah orangnya,adalah seorang dua yang diusiknya.Kesian juga Serunai tengok Akh Luqman yang selalu disakat oleh motivator gara-gara fenomena cute yang dicetuskan dalam blognya.

Apabila selesai majlis,perkara wajib selain bergambar beramai-ramai ialah makan bersama-sama.Memang menyelerakan sajian air tangan Akh Shahril kali ini.Tahun ini merupakan tahun terakhir beliau di Kuwait,nanti tahun depan siapa pula yang nak ambil tugas tersebut.Nampaknya Akh Shahril kenalah mengasah bakat memasak junior Impemas.Yelah kalau nak beli makanan dari luar perlukan modal yang banyak.Lagipun kat Kuwait ini susah nak cari restoran masakan Melayu.Jadi,kita fikirlah sendiri.

Read more...

susunan mengikut kategori

  © blog Ikatan Mahabbah Pelajar Malaysia Kuwait adalah rekaan semula khas daripada ibnu_zainal 2009/2010

Back to TOP