Sepuluh Wasiat As-Syahid Imam Hassan Al-Banna

>> Ahad, April 19, 2009

إقراء... وتدبر... واعمل

Bacalah, Renunglah dan Amalkanlah

Pertama:
قم إلى الصلاة متى سمعت النداء، مهما تكن الظروف
"Apabila saudara mendengar azan bangunlah serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun."



KeDua:
أتل القرآن أو طالع أو استمع أو أذكر الله، ولا تصرف جزءا من وقتك فى غير فائدة
"Bacalah al-Quran atau tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah zikrullah dan jangan sama sekali saudara meanggunakan masa walau sedikit pun dengan hal-hal yang tidak berfaedah."

KeTiga:
اجتهد أن تتكلم العربية الفصحى، فإن ذلك من شعائر الإسلام
"Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul. Kerana ianya merupakan salah satu daripada syiar islam."

KeEmpat:
لا تكثر الجدل فى أى شأن من الشؤون، أيا كان، فإن المرء لا يأتى بخير
"Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kecuali dalam hal yang penting. Kerana pertengkaran kosong tidak akan memberikan apa-apa faedah."
KeLima:
لا تكثر الضحك فإن القلب الموصول بالله ساكن وقور
"Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berkomunikasi dengan Allah (zikir) sentiasa tenang dan tenteram."

KeEnam:
لا تمزح فإن الأمة المجاهدة لا تعرف إلا الجد
"Janganlah banyak bergurau kerana umat yang berjuang tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara."

KeTujuh:
لا ترفع صوتك أكثر مما يحتاج إليه السامع، فإنه رعونة وإيذاء
"Jangan bercakap lebih nyaring daripada kadar yang diperlukan oleh pendengar kerana ianya sia-sia malah menyakiti hati orang lain."
KeLapan:
تجنب غيبة الأشخاص وتجريح الهيئات، ولا تتكلم إلا بخير
"Jauhilah daripada membicarakan dan mengumpat peribadi (keaiban) orang dan mengecam pertubuhan-pertubuhan dan jauhilah berkata-kata melainkan yang memberikan kebaikan."

KeSEmbilan:
تعرف إلى من تلقاه من إخوانك، وإن لم يطلب إليك ذلك، فإن أساس دعوتنا الحب والتعارف
"Berkenal-kenallah dengan saudara muslim yang saudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta untuk berkenalan. Kerana asas gerakan dakwah kita adalah berkenalan dan berkasih-sayang."


KeSepuluh:
الواجبات أكثر من الأوقات فعاون غيرك على الإنتفاع بوقته وإن كانلك مهمة فأوجز في قضائها
"Kewajipan kita adalah lebih banyak daripada waktu yang kita ada, oleh itu bantulah saudaramu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah pelaksanaannya."
Kita sebagai pendokong perjuangan islam sepatutnya ada pada diri kita apa yang iman hassan al-banna pesan kepada ikhwan ketika itu. Wasiat beliau bukan untuk ikhwan pada masa itu sahaja, bahkan menjadi satu nasihat yang patut dipegang oleh pejuang islam sepanjang zaman.Marilah sama-sama kita renungkan…Adakah semua 10 nasihat al-banna ada pada diri kita?Jika ada, alhamdulillah… insyallah perjuangan islam sikit masa lagi akan mencapai hasilnya.Jika tiada, marilah sama-sama kita berusaha setakat kemampuan kita menjadi pejuang yang betul-betul ikhlas dan tulin dalam perjuangan serta merialisasikan dalam diri kita apa yang as-syahid iman hassan al-banna pesan kepada pejuang-pejuang islam pada ketika beliau masih hidup dahulu.Insyaallah semua pesanan as-syahid iman hassan al-banna akan ada pada diri kita. Amin…

-zulfz.blogspot.com-

susunan mengikut kategori

  © blog Ikatan Mahabbah Pelajar Malaysia Kuwait adalah rekaan semula khas daripada ibnu_zainal 2009/2010

Back to TOP